Tuesday, 26 November 2013

Jambu Jeruk Tapah

Inilah jambu jeruk. Biasa beli di R & R Tapah. Warna Merah dan Hijau
Memang menarik perhatian untuk dibeli.
Terliurkan.

Rasanya sedap gak la. Kalau kena ngan asam boi...perrrghhh. Cubalah sendiri.

Sunday, 11 November 2012

Ambil gambar Close-up

Ambil gambar bunga,daun dan sebagainya secara dekat, gunakan Close-up mode.

Gunakan latar belakang yang mudah, gambar akan lebih menarik.
Dekatkan Camera sehampir yang boleh kepada objek. Fokus lens supaya mendapat fokus yang minima. Jarak paling hampir kebanyakan lens adalah 0.25m atau 0.8ft. Jika lens terlalu hampir dengan objek, lampu penentu fokus akan berkelip. Selanjutnya, baca manual di atas yer...di bawah ni beberapa gambar yang diambil menggunakan close-up mode.

Apam polka dot yang sedap

Ayam masak merah menyelerakan.

Rendang ayam di majlis open-house

Buah-buahan hantaran pertunangan.

Kalendar 2012 - Hari Merdeka.

Kacang Thailand dibeli semasa berjalan-jalan di Rantau Panjang, Kelantan

Kacang Thailand di close-up lagi.

Penutup lens Camera DSLR EOS 550D

EASY Super Clean sesuai untuk mengilatkan kaca,besi,pvc

Pokok hiasan di dalam rumah

Duit syiling baru

Kunci kereta di atas Samsung Galaxy Tab

Mouse rapoo

Satay ayam ka daging

Selamat mencuba...

Sunday, 21 October 2012

Rezeki..Rezeki..Rezeki

 Masa nak topup TnGo di kaunter, petugas kaunter bagitau 'masukkan rebet raya sekali yer'...ape lagi OK kan jer la...dapat la rebet RM8.67. Alhamdulillah...rezeki di pagi hari.


 Pastu dia bagi lak kotak putih kecil..apa lak ni...buka jer nampak la pen mata bola bertulis PLUSMiles dan sebelahnya bertulis PLUS. Rezeki lagi dapat pen...


Dibawah ni resit selepas topup TnGo RM30. Jadi campur rebet campur baki jadi la jumlahnya RM41.97. Tol pergi balik keje untuk seminggu...ade lebih lagi tu.
 Kat bawah ni pulak rezeki sebelah malam. Malam tu gi COURTS untuk ambik CASH BACK CEK. Sekarang kalau beli barang dengan COURTS dorang akan bagi CASH back. Kiraannya mengikut harga barang yang kita beli. Memang tak terpikir pun jumlahnya CAMNI. Ingatkan ratus-ratus jer...Tapi tu la rezeki..Alhamdulillah. Leh buat belanja Raya Haji...jangan lupa lak RoadTax Insuran kereta awal Disember 2012 dan pakaian sekolah anak.
REZEKI-REZEKI-REZEKI