Sunday 11 November 2012

Ambil gambar Close-up

Ambil gambar bunga,daun dan sebagainya secara dekat, gunakan Close-up mode.

Gunakan latar belakang yang mudah, gambar akan lebih menarik.
Dekatkan Camera sehampir yang boleh kepada objek. Fokus lens supaya mendapat fokus yang minima. Jarak paling hampir kebanyakan lens adalah 0.25m atau 0.8ft. Jika lens terlalu hampir dengan objek, lampu penentu fokus akan berkelip. Selanjutnya, baca manual di atas yer...di bawah ni beberapa gambar yang diambil menggunakan close-up mode.

Apam polka dot yang sedap

Ayam masak merah menyelerakan.

Rendang ayam di majlis open-house

Buah-buahan hantaran pertunangan.

Kalendar 2012 - Hari Merdeka.

Kacang Thailand dibeli semasa berjalan-jalan di Rantau Panjang, Kelantan

Kacang Thailand di close-up lagi.

Penutup lens Camera DSLR EOS 550D

EASY Super Clean sesuai untuk mengilatkan kaca,besi,pvc

Pokok hiasan di dalam rumah

Duit syiling baru

Kunci kereta di atas Samsung Galaxy Tab

Mouse rapoo

Satay ayam ka daging

Selamat mencuba...

Sunday 21 October 2012

Rezeki..Rezeki..Rezeki

 Masa nak topup TnGo di kaunter, petugas kaunter bagitau 'masukkan rebet raya sekali yer'...ape lagi OK kan jer la...dapat la rebet RM8.67. Alhamdulillah...rezeki di pagi hari.


 Pastu dia bagi lak kotak putih kecil..apa lak ni...buka jer nampak la pen mata bola bertulis PLUSMiles dan sebelahnya bertulis PLUS. Rezeki lagi dapat pen...


Dibawah ni resit selepas topup TnGo RM30. Jadi campur rebet campur baki jadi la jumlahnya RM41.97. Tol pergi balik keje untuk seminggu...ade lebih lagi tu.
 Kat bawah ni pulak rezeki sebelah malam. Malam tu gi COURTS untuk ambik CASH BACK CEK. Sekarang kalau beli barang dengan COURTS dorang akan bagi CASH back. Kiraannya mengikut harga barang yang kita beli. Memang tak terpikir pun jumlahnya CAMNI. Ingatkan ratus-ratus jer...Tapi tu la rezeki..Alhamdulillah. Leh buat belanja Raya Haji...jangan lupa lak RoadTax Insuran kereta awal Disember 2012 dan pakaian sekolah anak.
REZEKI-REZEKI-REZEKI

Saturday 13 October 2012

Banjir dan Ular Sawa di Kg Datok Keramat

Sabtu 13 Okt 2012. Tiba-tiba je nak keluar rumah awal. 9am dah keluar. Nak breakfast dan nak ke Tesco Selayang. Kemudian nak pergi ke Melawati. Dalam perjalanan hujan lebat. Kebetulan tak tinggalkan kunci kereta viva.
Viva tu kereta isteri. Isteri dapat sms/panggilan air dah mula naik di kawasan rumah. Masa tu di MRR2 menuju ke Melawati. Hujan lebat. Masuk Melawati traffice jam pulak...ambil keputusan untuk terus balik ke Keramat. Lalu juga jalan jam pastu masuk MRR2 semula Jam jugak. Hujan makin lebat. Risau makin tambah.
Masuk jalan pasar keramat, biasa la jam. Lepas jer pasar keramat, melalui jalan depan masjid, nak sampai traffic light, air dah bertakung..tak leh lalu. Patah semula ke pasar keramat, buat 1 pusingan, masuk melalui Esso. Jam gak. Dalam masa yang sama dengar bunyi siren. Ambulan ker? bomba?....Park tepi jalan, rupanya 4WD pertahanan awam. Berhenti betul2 di lorong rumah. Rupanya selain banjir..ada ular juga. Jalan masuk nak lalu pun takut la...ada ular kan..Ikut jalan lain...jalan sampai la di tempat sekarang ni...(tengok la gambar haha). Kebetulan bawa Camera DSLR EOS 550D.
Tengok kereta viva tak boleh keluar, air lak naik...tawakal jer la harap air tak masuk engin.
Brother Pertahanan Awam sedang buat pemantauan ular...kira "Searching, Seek and Destroy.."

Budak-budak seronok dapat main banjir...tapi hati-hati yer ade ular.
Banjir hingga hujung jalan.

Tak lama pastu mula kecoh, ular dapat dikesan di kawasan rumah.
Kemudian ular lari keluar, ke jalan air bertakung tu. Pihak Pertahanan Awam fokus memantau ular tu.
Selepas adegan kejar-mengejar, ular berjaya ditangkap.
Berlaku pergelutan antara orang dan ular...akhirnya ular "menyerah diri".


 Ular Sawa berjaya ditawan. Anggaran berat 20KG dan panjang 12KAKI.

 Ular dibawa ke kawasan rumah tadi untuk dimasukkan ke dalam guni.





 Ular selamat di masuk  ke dalam guni dan diikat kemas oleh pihak pertahanan awam.


 Brother pertahanan awam dengan ular di dalam guni bergerak ke arah 4WD untuk pulang.
 Para penonton pun nak pulang gak la...

 Tak lama lepas tu air pun surut tapi kereta viva dah dimasuki air, tapi syukur masuk sampai bawah tempat duduk jer tak sampai dalam engin.

Sempat bersembang dengan brother Pertahanan Awam. Pesanan brother Jabatan Pertahanan Awam:-
-berhati-hati menangkap ular di dalam air sebab ular lebih kuat bila di dalam air.
-kalau nak pukul ular, pastikan ular mati terus, kalau ular cedera je ular akan berdendam.
-ni tambahan sendiri, biasa ular sawa ni sepasang - pasangan mengawan...emmm di manakah pasangan ular ini???









Kellie's Castle


 Semua orang tau Kellie's Castle. Tapi tak semua orang pernah pegi situ. Kellie Castle (kadang-kadang juga dipanggil Folly Kellie) terletak berhampiran Batu Gajah, dan kira-kira 20 minit memandu dari Ipoh, Perak, Malaysia. Google Map ke GPS pun boleh.
Ini serba ringkas ceritanya. William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, pada usia 20 tahun, beliau tiba di Malaya yang masih mundur. Sini, beliau bertemu dengan seorang pemilik estet yang dipanggil Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari kerajaan negeri untuk membersihkan 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari usaha perniagaan dengan Alma Baker, Smith mula menanam pokok-pokok getah dan dabbled dalam industri perlombongan bijih timah. Dalam masa itu, beliau menjadi pemilik Harta Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Syarikat.

 Dengan nasib beliau yang baik, dia pulang untuk berkahwin dengan kekasih beliau di Scotland, Agnes, dan membawa beliau ke Malaysia pada tahun 1903. Pada tahun berikutnya, pasangan itu telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang dinamakan Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes cuba untuk hamil, tetapi tidak berjaya. William Smith terdesak mahukan anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih empayar perniagaannya di Tanah Melayu. Selepas bertahun-tahun, Agnes akhirnya melahirkan anak, Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah permulaan kejayaan yang lebih besar untuk William Smith. Untuk meraikan kelahiran Anthony, William Smith memutuskan untuk mengembangkan rumah agam itu. Smith mula merancang untuk membina istana besar yang beliau merancang untuk memanggil Kellas House (Kellie's Castle la tu), sempena kampung halamannya di Scotland.
 Dengan camera canon dslr eos 550d, gambar diambil. Nak masuk bergambar dalam kellie's castle pun boleh tapi ade bayaran. Kaunter ada di kawasan tempat parking kereta.
 Kalau berkunjung ke Gopeng, Batu Gajah atau Ipoh tu, pergi la singgah ke Kellie's Castle ni yer.