Saturday 13 October 2012

Banjir dan Ular Sawa di Kg Datok Keramat

Sabtu 13 Okt 2012. Tiba-tiba je nak keluar rumah awal. 9am dah keluar. Nak breakfast dan nak ke Tesco Selayang. Kemudian nak pergi ke Melawati. Dalam perjalanan hujan lebat. Kebetulan tak tinggalkan kunci kereta viva.
Viva tu kereta isteri. Isteri dapat sms/panggilan air dah mula naik di kawasan rumah. Masa tu di MRR2 menuju ke Melawati. Hujan lebat. Masuk Melawati traffice jam pulak...ambil keputusan untuk terus balik ke Keramat. Lalu juga jalan jam pastu masuk MRR2 semula Jam jugak. Hujan makin lebat. Risau makin tambah.
Masuk jalan pasar keramat, biasa la jam. Lepas jer pasar keramat, melalui jalan depan masjid, nak sampai traffic light, air dah bertakung..tak leh lalu. Patah semula ke pasar keramat, buat 1 pusingan, masuk melalui Esso. Jam gak. Dalam masa yang sama dengar bunyi siren. Ambulan ker? bomba?....Park tepi jalan, rupanya 4WD pertahanan awam. Berhenti betul2 di lorong rumah. Rupanya selain banjir..ada ular juga. Jalan masuk nak lalu pun takut la...ada ular kan..Ikut jalan lain...jalan sampai la di tempat sekarang ni...(tengok la gambar haha). Kebetulan bawa Camera DSLR EOS 550D.
Tengok kereta viva tak boleh keluar, air lak naik...tawakal jer la harap air tak masuk engin.
Brother Pertahanan Awam sedang buat pemantauan ular...kira "Searching, Seek and Destroy.."

Budak-budak seronok dapat main banjir...tapi hati-hati yer ade ular.
Banjir hingga hujung jalan.

Tak lama pastu mula kecoh, ular dapat dikesan di kawasan rumah.
Kemudian ular lari keluar, ke jalan air bertakung tu. Pihak Pertahanan Awam fokus memantau ular tu.
Selepas adegan kejar-mengejar, ular berjaya ditangkap.
Berlaku pergelutan antara orang dan ular...akhirnya ular "menyerah diri".


 Ular Sawa berjaya ditawan. Anggaran berat 20KG dan panjang 12KAKI.

 Ular dibawa ke kawasan rumah tadi untuk dimasukkan ke dalam guni.





 Ular selamat di masuk  ke dalam guni dan diikat kemas oleh pihak pertahanan awam.


 Brother pertahanan awam dengan ular di dalam guni bergerak ke arah 4WD untuk pulang.
 Para penonton pun nak pulang gak la...

 Tak lama lepas tu air pun surut tapi kereta viva dah dimasuki air, tapi syukur masuk sampai bawah tempat duduk jer tak sampai dalam engin.

Sempat bersembang dengan brother Pertahanan Awam. Pesanan brother Jabatan Pertahanan Awam:-
-berhati-hati menangkap ular di dalam air sebab ular lebih kuat bila di dalam air.
-kalau nak pukul ular, pastikan ular mati terus, kalau ular cedera je ular akan berdendam.
-ni tambahan sendiri, biasa ular sawa ni sepasang - pasangan mengawan...emmm di manakah pasangan ular ini???









No comments:

Post a Comment